Bila engkau memandang segalanya dari TUHANmu,
yang mencipta segalanya... yang menimpakan ujian..
yang menjadikan sakit hatimu...
yang membuat keinginanmu terhalang...
serta menyusahkan hidupmu....
pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu...
retaknya hatimu..tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya
lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengannya...