I think 2014 was not doing good to me…ini bukan tahun yang memberi kenangan
manis buat aku. Awal-awal tahun lagi aku dah rasa kehilangan kawan baik aku.
Bukan lah hilang ke mana sangat pun, cuma aku rasa dia makin jauh dari aku
sebab terpaksa terbang ke Sabah demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
pendidik. Walau tak jauh mana tapi aku rasa macam ditinggalkan sebabnya dari
kecik kami tak pernah berjauhan. Masa study pun kami study di daerah yang sama,
masa buat degree pun dia di Shah Alam aku di PJ…so, memang tak pernah rasa
sangat jauh macam sekarang. Even sampai sekarang pun walaupun aku kekadang
sibuk ngan keje..tapi bila weekend kitorang akan spend time together jugak.
Hari yang dia bagitau dia kena posting kat Sabah, aku dah tak bleh nak tahan
rasa sedih lagi…seperti yang aku jangka sebabnya dia still bujang, normally
tenaga pengajar yang belum berkahwin akan dihantar ke Sabah Serawak. Takpe
lah…demi cita-cita dan rezeki masing-masing aku kena redha. Macam mana pun
suatu hari nanti aku kena blaja hidup sorang –sorang jugak. Lepas dia berangkat
ke Sabah tu aku dah tak kuar umah kalau weekend, dah tak kuar minum-minum atau
jalan-jalan. Seriously sangat rasa sunyi… SUNYI…
Then, pertengahan bulan January skali lagi aku ditinggalkan
oleh orang yang sangat aku sayang. Kadang-kadang kita dapat terima kekurangan orang, tapi orang tak dapat terima kekurangan diri kita. Kadang-kadang kita rasa bangga memiliki seseorang walaupun orang lain tak nampak apa-apa keistimewaan orang tu, tapi dia tak pernah rasa bangga memiliki diri kita. Bila alasan demi alasan sering aku dengar, lebih baik lah aku lepaskan saja dari bertahan lebih lama. Dengan harapan bila aku lepaskan dia, dia akan jumpa kebahagian yang dia cari walaupun bukan dengan aku...asal dia bahagia... Memang orang akan cakap “mungkin ade hikmah
di setiap perpisahan” yes..mungkin jugak ade hikmah yang mungkin kita tak
sedar…mungkin… Untuk terima kenyataan yang dia bukan lagi milik aku, yang dia
dah jauh dari aku, yang dia dah berlalu dari hidup aku, memang sesuatu yang harus
aku terima walaupun bukan mudah aku lakukan bila setiap kali memejamkan mata
atau terjaga dari tido dia jugak yang hadir dalam fikiran. Nampak macam mudah
tapi sebenarnya even sampai sekarang aku sedang cuba sedaya upaya aku tuk
lupakan dia. Orang cakap, lagi kita nak melupakan sesuatu lagi la ingatan tu datang
bertalu-talu. Memang ada benarnya kat situ sebab tiap kali ternampak Honda EG
terus rasa sebak, rindu dihati xyah cakap la…hanya Tuhan jer yang tau.
Tiap-tiap pagi bangun tido harap sangat kepala otak aku tak ingat apa-apa lagi
tentang dia, harap sangat kalau bleh ilang ingatan sekejap. Sekejap pun
jadilah…sebab aku rasa sangat letih sekarang. Letih memikirkan salahnya aku
dimana sampai dia sanggup buang aku camtu jer. Takyah tanya camna rasanya ditinggalkan
hanya kerana hati dia dah berpaling pada yang lain. SAKIT…
Belum pun sembuh dari luka yang dalam, sekali lagi aku
dikejutkan dengan pemergian ayahda tercinta ke rahmatullah ujung bulan
Februari. Sesungguhnya sampai sekarang still rasa cam tak caya yang aku dah tak
bleh menatap wajah tua yang selalu berbeza pendapat dengan aku. Mak aku selalu
cakap, mati tu rahsia Allah. Kita tak tau bila sakaratul maut akan datang
menjemput kita kembali kepada Pencipta. Masih segar dalam ingatan aku kejadian
lewat petang jumaat 21/2/2014. Macam biasa Friday is meeting day sebab semua
Site Manager and Site Supervisor akan balik opis for attend meeting. Dan petang
tu aku yang kena chair meeting, so hand phone terpaksa di ‘silent’kan. Bila
habis meeting maybe mak aku call hp tapi tak dijawab, then mak aku call
opis..masa dengar suara mak dalam phone aku hampir terduduk bila mak cakap “
bapak hang da xda lagi”. Sepanjang perjalanan nak balik umah rasa macam jauh
sangat nak sampai, macam-macam ada dalam kepala otak aku time tu sampai tak tau
nak fikir yang mana satu. Time-time camtu aku rasa macam aku mainkan peranan
sebagai anak sulung walaupun aku still ada sorang abang. Alhamdulillah…semua
urusan berjalan ngan lancar sampai habis majlis tahlil malam ke-3. Kekadang
terpikir, mungkin ade hikmah kenapa aku tak kawen lagi…kalau aku kawen,
agaknya sapa nak jaga mak aku? Nak harapkan abang aku? Nak balik seminggu
sekali tengok mak aku pun susah.
Dah sebulan arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Yang paling sedih dah tentu la mak aku, tak pernah walaupun sehari dia tak bercakap pasal arwah. Tiap kali dia bercerita pasal arwah mata dia mesti berkaca dan aku akan cepat-cepat tukar topik. Bukan tak nak melayan prasaan dia tapi aku tak nak dia tambah sedih, sebab aku tak bleh tgk dia nangis sebab nanti aku pun akan join sama. Slalu dia cakap macam still nampak arwah dalam bilik. Ye...aku faham apa yang dia rasa sekarang..satu kehilangan yang tak kembali lagi. Kalau aku kekadang rasa cam tak caya yang aku dah tak dengar suara bapak aku lagi, ini kan pulak mak aku yang hidup berpuluh tahun ngan arwah. Tambah buat aku sedih bila suatu malam aku godek-godek hp milik arwah, then aku pegi kat send item sebab nak tengok arwah ade antar msg kat sape before dia meninggal, then aku nampak no. mak aku tapi date tu date selepas arwah bapak aku meninggal. Aku bukak msg tu, ade satu msg yg dihantar ke hp mak aku "dah makan ke?" rupanya mak aku sendiri antar msg dr hp arwah bapak aku ke hp dia sebab dia dah terbiasa ber'sms ngan arwah bapak aku dulu..mungkin dia rindu.
Officemate aku pernah kata kat aku..kalau dia jadi aku, dah tentu dia kena ambik masa sekurang-kurangnya sebulan nak o.k balik sebab dia tengok aku macam tabah gila, macam o.k je..still bleh tersenyum, still bleh buat keje...Then, aku cakap kat dia..kalau aku tak tabahkan diri sendiri dah tentu sekarang aku kat wad mental sekarang. Macam mana pun aku kena kuat demi mak...
Awal bulan Mac aritu plak satu Malaysia or the whole world dikejutkan dengan kehilangan Pesawat MAS #MH370 yang membawa 239 penumpang ke Beijing yang kononnya dirampas atau terhempas. Even sampai sekarang pun still xde petunjuk. Bleh bayangkan tak apa prasaan keluarga penumpang yang terlibat? Yes...this news memang terkesan gila kat semua rakyat Malaysia kan? Tiap kali terbaca atau terdengar berita pasal MH370 ni mesti rasa sebak gila walaupun xde pun sedara mara aku dalam flight tu..aku dapat rasakan camna rasanya sebuah kehilangan. Tambah plak kehilangan yang xde langsung khabar berita, umpama macam semalam je bleh duduk semeja gelak-gelak tiba-tiba arini orang tu dah xde...even dah tau kat mana, tak tau camna keadaan orang tu, hidup ke mati pun tak tau. Hanya Allah je yang tau apa yang terjadi sebenarnya. Tabahlah hati-hati yang merintih. Sesungguhnya dugaan itu hanya akan diberikan Tuhan untuk orang-orang yang hebat. Mungkin jugak ada hikmah di sebalik kejadian, kita cuma mampu berdoa mudah-mudahan ada petunjuk mana letak kapal terbang yang hilang tu nanti.
"Sesungguhnya kematian itu apabila ia datang tidak dilambatkan satu saat mahupun dicepatkan satu saat"