Tuesday, July 6, 2010

DOSAKAH DIA?

Lepas balik keje tadi…aku drop by jap kat Sunway Carnival cari barang…then, before balik umah lepak jap ngan sorang kwn kat Starbuck chit chat chit chat…biasalah bila pompuan bercerita…mesti xde benda lain, kalau x gossip artis...mesti nk cite problem atau nk mintak pendapat…so, aku sebagai pendengar yg setia dan kwn yg baik…(Ceh!msk bakul angkat sendri) hehehe!! aku sedia menadah telinga dan memberi pendapat yang mungkin dpt membantu atau meringan skit stress dia tu... Kalo x byk pun skit pun jadi lah…aku da puas hati dpt tgk dia tersenyum semula….

Lately nie, mmg aku sendri sedia maklum yang dia berdepan ngan satu keadaan yg amat payah tuk dia hadap…dalam hidup, perkara yg paling penting adalah KAWAN…so, bila kwn sendiri x merestui keputusan yg kita buat susah gak kan? The problem is…kawan aku nie (si A) dah ade konflik ngan kwn lagi sorang (si B) sampai x bertegur sape skrg…selisih bahu pun wat cam x kenal jer. Puncanya adalah disebabkan sorang lelaki...ntah lah! X tau camne nk komen tapi bagi aku…nobody perfect rite? Memasing penah buat salah dan memasing perlukan kemaafan tuk perbaiki kesalahan tu. Konfliknyer bila si B dapat tau si A close balik ngan Ex-boyfriend si A ni…si B nie x suka dan mrh sgt ngan si A nie sbb ex-bf si A nie dulu tinggalkan si A sebab ada pompuan lain…aku berada ditengah-tengah…x tau nak defend yang mana satu. Hadoii!!!pening gak memikir problem diorang nih..Point si B nie betul jgk…why must si A nk get back ngan ex-bf dia? Sedangkan mamat tu la yg menghancurkan hati dia dulu sampai xde semangat nak idup…lupakah dia pada saat2 sukar itu? Dan kami adalah tempat dia luahkan rasa pada masa itu dan kami jugalah yg memberi semangat tuk dia bangun semula…lagipun, family si A nie sendiri dah x kasi si A berkawan balik ngan mamat tu...pendek kata org2 sekeliling si A mmg x suka si A baik balik ngan mamat tu. Reason si A pun aku leh terima jgk..sbb dia close blk ngan ex-bf dia sbb masih ade kasih dan sayang dlm hati (bila ckp pasal hati, mmg xleh nk argue apa2 lagi lah…) ini soal Hati dan Perasaan...mmg xdpt den nk nolong…
Faham sgt ngan situasi si A nie sbb aku sendri pernah berada dlm situasi itu. Apa yang aku bleh ckp pada dia…”just go with the flow..” lama-lama nanti pasti si B dapat maafkan si A sebab kata org… ”time always kills the pain”.

Then, si A bercerita lagi…tentang kakaknya yang dah berkahwin suddenly bercontact semula ngan ex-bf kakaknya itu...tetiba jer kakak dia teringan blk dan hati mula berbelah bagi…Aku faham sgt point yg dia nk ckp sebenarnyer...Dan aku pun tetiba terpikir…Camne kalau suatu hari nanti aku ditakdirkan berkahwin ngan seseorang dan pada masa itu dalam hati aku masih ada seseorang yang aku sayang? For sure aku pun akan berada dalam situasi yang sama...Huh!!mintak simpang malaikat 44…
Sebab itu aku pernah katakan pada sahabatku Jaja…aku hanya akan berkahwin dengan orang yang aku cinta dan aku sayang sbb aku mahu hidup mati aku bersama ‘org’ itu…dan bukannya dengan org yang terpaksa aku kawen disebabkan semua kawan-kawan dah kawen.I’m not that too desperate....:p sebab aku masih lagi berpegang pada kata-kata Doctor Love ..” Don’t marry someone you can live with, but marry someone who you cannot live without”

On the way balik tu, dengar lagu “Dosakah Aku” by Nidji…aku teringat pada kawan aku si A tu, nak je aku ckp pada dia..fight for your love my friend…sampai nanti bila kau sudah penat , berundurlah dengan bermaruah. Macam aku pernah lakukan pada suatu ketika dulu…berundur tak bererti kalah, tapi berundur untuk menang. Dan pada suatu masa nanti, kita akan lihat kemenangan berpihak pada kita…Insyallah….

Coffee for two....is enough to tell everything...

Friday, June 25, 2010

Sepetang di Istana Cinta

Ini lah dia Kellies Castle yg disebut-sebut tu...mmg dah lama dengar pasal Kellies Castle nie tapi blom berkesempatan melawat Istana lama yg terletak di Batu Gajah nie...
Kebetulan pada hari ahad yg lepas ade kenduri di Batu Gajah, so...dah alang2 ke sana, kami pun membuat lawatan beramai-ramai ke Kellies Castle selepas kenyang nasi kenduri di umah Coon...


Nak masuk ke istana lama nie pun kena duit jugak...(RM4 per person) aku ingatkan free jer, pandai btul kerajaan buat duit eik...Sejarah Kellies Castle nie agak menarik sebenarnye kerana ia seperti sejarah Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jehan utk isterinya dan begitu jgk dengan William Kellies Smith seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Yang bestnyer, William Smith nie membawa masuk tenaga kerja dari Madras untuk menyiapkan istana nie (import tau!!...) sebab tu kalau kita tgk, seni bina istana ini lebih kepada senibina di madras. tapi malangnyer istana ini x sempat disiapkan dengan sepenuhnya disebabkan pekerja2 yg membuat istana ni diserang sejenis wabak dan slah satu sebab x siap bangunan nie adalah disebabkan tercetusnya perang dunia kedua pada ketika itu...Dan pada thn 1926 (betul ke..?) William Kellies Smith meninggal dunia semasa kunjungannya ke Portugal.


Tetap maintain ayu walaupun terpaksa berposing dalam panas yang terik....

Dan dikoridor ini lah dikatakan seringkali kelihatan roh William Smith berkeliaran.. (Cam misteri nusantara lak aku nih...hehehe..)

Orang nak bercinta....aku nak jugak inter frame...hahaha!!


Apa yg best pada hari itu adalah dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni sbb dah lama sgt x hang out sejak memasing dah berkahwin dan mempunyai anak...

Bab-bab nak berposing mmg no.1 la member2 aku nih....

Thursday, June 24, 2010

Musim Mengawan part III

20th June 2010 – Coon’s Wedding (MT’s member)

Awal pagi dah bangun bersiap-siap ke Ipoh menghadiri jemputan kawen salah sorang ahli MT iaitu Shahrul Azmi a.k.a Coon. Sebelum kuar umah, tetiba mak aku tanya…’nak pegi wedding sape nih?’ then, aku pun jawab la….’wedding coon, kwn deqtah yang besar2 tinggi2 org batu gajah tu’ pastu terus mak aku ckp…’Owh…yang bagi cincin kat hg dulu tu?’ aku pun tergamam dan terus terdiam, ingat lagi mak aku pasal cincin tu eik..hehehe! Hem…pastu terpaksa la aku menadah telinga mendengar mak aku membebel pagi tu pasal anak dia yang sorang nie yang dia sendiri pun x paham apa dan macam mana anak dia ni nak sebenarnya. Dengan selamba jer aku jwb…’ relex la mak, sampai masa, sampai seru, sampai jodoh kawen la deqtah nanti walaupun dengan driver bas sekalipun, kalo Tuhan ckp jadi, jadi la nanti” dan aku harap mak paham apa yang aku nak sampaikan kat dia pagi tu. Maksudnyer yang x jadi tu bukan jodoh aku la, kalo nak jadi dah lama jadi masa zaman aku bercouple ngan Azreen dulu lagi. Bukan x pernah dia ajak aku kawen, tapi mungkin time tu aku yang rasa x ready tuk jadi isteri orang.
Dan sekarang, bila aku tgk dia, wife dia, anak dia selalu aku katakan pada hati…’inilah jodoh dia, takdir dia, hidup dia dan aku gembira untuk itu. Syukur sgt2 sbb sampai sekarang kami masih lagi berkawan sebab dia pernah katakan pada aku dulu walaupun dia tak dapat menjadi kekasih yang baik, tapi dia boleh menjadi kawan yang baik…dan aku percaya itu….:p

Camtu jgk bila aku berada di kenduri Coon...when i looked at him and his beloved wife,aku senyum lagi...ntah kenapa aku tersenyum...mungkin jgk coz happy tgk dia dah jumpa ngan dia nyer soulmate.Kekdg bila aku berada ngan kengkwn aku, aku rasa segan ngan diorang...segan ngan keadaan aku skrg, ngan kisah2 hidup aku, mistake2 yg aku buat..mistake nyer, i meet da wrong person...n thanks to them coz always be by my side in bad and sad time...really appreciate and i luv u all....

Saturday, June 19, 2010

Musim Mengawan Part II

12hb Jun 2010 – Sany bro’s Wedding (Geng Kulim)
Cikgu Sani is our big bro among my fren…org pun sure confuse camne bleh berkwn ngan org tua nie…hahaha! Actually, dia adalah jiran sebelah umah Azreen (my best fren) hahaha!!! Disebabkan selalu sgt join kitorang nyer aktiviti lepas dia abes blaja di U.S dulu…. automaticly dah jadi geng kitorang. Ingat lagi 1st time dia join kitorang nyer BBQ masa tu x silap aku dia br 24thn…muda lagi..air beg pun x beso lagi..hahaha!
Hem…mmg x sangka akhirnya Abg Sany menamatkan zaman bujangnyer pada usia 32thn w'pun sebelum nie dia langsang x bercerita pasal isteri dia pada kami..Mmg mati-mati ingat dia xde awek la...tup2 ckp dah kawen..pandai betul org tua nie simpan rahsia eik...
Rupa-rupanya dah 2 thn berkwn sejak parents dia kenalkan kat dia dulu...maybe pas jumpa terus berkenan, maklum jer lah...kak Mira tu kan cun, untung badan la mak dia cari yg cun bagi kat dia...sape yg x nak kan?

Masa wedding dia tu, x ramai geng kitorang yg datang coz memasing x balik Kulim...yer lah, ramai yg keje kat KL...so, yg ade cuma aku, Jaja, Zanif n Azreen jer..jd lah tu, at least kitorg ade utk dia pada hari bersejarah dia tu...harap bila aku atau Jaja kawen nnt,dia dpt la balik dari Johor tuk wedding kami nanti..hahaha!(bila tu??)insyallah...time will tell...sama-sama lah kita berdoa yang terbaik eik...hehehe..


13hb Jun 2010 – Ayob’s Wedding (MT’s member)
Selesai la sudah majlis pernikahan one of our members iaitu Azizul Anuar a.k.a Ayob dengan pasangannya Fathanah pada ahad yang lalu. Ramai la MT members yang hadir pada hari itu kecuali Aziah & Supir dan Najib & Aida disebabkan memasing ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi best la coz dapat berkumpul ramai-ramai. Sejak-sejak memasing dah kawen nie, kitorang mmg dah xde masa nak hang out mcm dulu even nak kuar minum pun dah xde masa. So, time2 camni jer lah yang kitorang boleh duduk semeja ramai-ramai. Dalam group nie, Cuma tinggal aku dan Azma jer yang maintain solo…hehehe! X tau la bila turn kitorang plak bersanding atas pelamin tu…huhuhu!

Best jgk tgk wedding Ayob w’pun xde la grand sgt…sebab sebelah laki nie selalunya org ckp x yah buat grand2 sgt pun…Azma ckp wedding Ayob nampak simple…aku ckp, camtu pun nampak simple lagi ke? Ntah lah! bagi aku…buat camtu pun dah kira o.k…x yah nak membazir duit buat grand2 pastu tanggung hutang pas kawen…melainkan duit mmg dah x tau nak watpe la kan? Maybe dia komen camtu sbb dia dah biasa dok pi wedding grand2…Kwn2 dia kan hebat2…family dia, sepupu sepapat dia kan kaya raya…wedding buat kat hotel...so, wedding camtu nampak simple la bagi dia.
Bagi aku simple atau tak…grand atau tak…itu x penting. Yang penting, semua urusan penyatuan dua hati itu selamat dan diberkati Allah…Jaja ada bgtau aku, kalau kita pegi kenduri kawen org, walau x sedap lauk kenduri tu, tak baik complaint…nanti majlis kita x sempurna org lak complaint pasal wedding kita.

Tuesday, June 8, 2010

MUSIM MENGAWAN (Part I)


Ya!!!musim mengawan datang lagi….maksud aku, musim org kawen la…hehehe!
Start jer cuti sekolah dah berderet majlis kawen sana sini…Hadoi!!orang lain yang kawen aku yang pening kepala, pening kepala memikir baju ape yang nak dipakai ke Majlis kawen, pening kepala memikirkan hadiah yang patut dibeli utk pengantin, argh!!pendek kata fulus pun mcm air la bulan nie…
Nak-nak plak time bulan ni saja semua kwn2 rapat aku yang kawen (I mean, yg betul2 close la..) so, tekanan makin terasa....

6hb Jun 2010 – Mimie’s Wedding (ex-schoolmate)
Mimie nie actually, bukan lah close fren aku sebab dia adalah kawan lama masa sekolah rendah dulu (SKPP). Dia adalah rakan sekelas aku dari tadika sampai la darjah 3 jer, pastu aku berpindah ke Kulim. Tapi sepanjang di sekolah tu, dia lah sahabat aku…mana pegi pun ngan dia jer. Then, setelah 19 thn x bersua muka akhirnya terjumpa jgk di facebook secara kebetulan. Bila dah jumpa, tgk dia still maintain cun mcm dulu jgk n skrg pun dah bertugas sebagai PTD di Putrajaya. Bukan calang2 org leh masuk PTD tu... really proud of her. So, masa wedding dia aku ade la pegi coz nak jumpa balik kwn2 sekolah dulu…best gak jumpa kwn2 lama nie, memasing dah lain..ade yg dah kawen yang da ade anak dan x kurang jgk yg masih solo mcm aku..hahaha!
walaupun x seberapa yang pegi, tetap gak rasa best sbb jumpa kwn2 yang mmg lama gila la x jumpa....paling x sangka bdk yg sama2 tadika ngan aku dulu..(Azly pedly)hehehe...rs cam lawak la plak...hem..kitorang pun x dapat borak ngan Mimie lama sgt coz dia pun sibuk melayan tetamu yg lain..faham la mmg pengantin x sempat nyer nk duduk borak2..xpe, akan ade next reunion yang akan dianjurkan nnt..bila tarikh tu x tau lah lg coz dlm perbincangan...Cik penganjur (Azlia) pun x dpt datang aritu sbb br melahirkan anak yang pertama..
On the same date jgk kwn yg sama-sama belajar dulu (Ayu) pun dah mengikat tali pertunangan ngan org Perak jgk...tapi aku x sempat nak meraikan hari pertunangan dia tu coz x cukup ms, nk berlari ke sana lagi...rs malas plak, tunggu jer lah time mkn nasi minyak nnt..sure aku pegi...:p