Sunday, August 2, 2009

Ape nak jadi??


Pagi tadi aku lewat bangun 7.50 a.m, ntah la mimpi apa yang buat aku terlewat bangun arini…so, sepantas kilat aku capai towel n mandi cpt2, tapi bukan mandi koboi tau…hehe! Pastu aku drif cam biasa n finally sempat sampai office another 4 minutes kul 9…ahaks!
sib baik bos xde office arini…yahoooooo!!!

Then, wat keje cam biasa, suddenly aku cam xde mood lak nak wat keje arinie..ntah nape pikiran dah xde kat office nie. Teringat pasal semalam aku tgk ‘Hips TV’ pasal carta ANDALUSIA (Anak Dara Lanjut Usia). Rasa cam diperli-perli jer, tapi aku xde la tergolong dlm ketegori tu lagi kan? Cuma disebabkan semua kengkwn aku dah settle down, that’s y aku pun diketegorikan dalam golongan tu coz dalam umo aku yg dah 27thn nie..i’m still single.. nak kata ade bf pun xde jgk...pendek kata sedang kengkwn yg sebaya aku sibuk ngan suami n anak2…aku just bz ngan keje aku jer. Weekend just lepak umah melayan tv n si memey (kucing aku). Paling tidak pun,aku akan kuar minum kat Nasmir ngan Jaja (my best friend) coz dia la satu2nye kwn yang senasib ngan aku..hehe! Sama2 single, n still searching for the rite person…

Sape2 pun yg kitorang jumpa, soalan yang sama akan keluar dulu..”Bila nak kawen?” Adoi! Kekadang penat jugak la nak menjawab. Ade yg kata kitorang nie high taste lar…memilih lar…tapi sebenarnye org x tau.. Soal CINTA adalah soal KEBAHAGIAN, manakala soal KEBAHAGIAN pula adalah soal HATI…. so, bila dalam hati xde cinta camne nak bahagia kan? dipendekkan cite, yang sebetulnye kitorang x jumpa org yg betul2 buat kitorang jatuh cinta lagi…bukan xde yg datang merisik khabar…yang nak berkenalan…ade, tapi tu semua manusia2 yang aku bleh gelarkan JANTAN….yang aku cari adalah LELAKI...tapi harus diingat, lelaki dalam zaman sekarang adalah sgt sedikit peratusnyer berbanding jantan..pun begitu, terimalah seadanya andai kata dia tercipta untukku... AMIN…. J

Tetiba dgr lagu S.M Salim (Apa nak jadi sampai sekarang tak kawen lgi..) huhu! Aku rasa sape2 pun yg berada di stage ni akan rasa diperli2 bila dengar lagu2 yang camnie kan? dan akan jadi sensitive bila org berckp pasal kawen..teringatkan Jaja bila org bertanya pasal kawen, bergenang jer air mata dia..It’s o.k my friend, I know how it feel..hehe! tapi bagi aku, time will tell..Sampai satu tahap nanti org akan letih bertanya..dan kita sendiri dah malas pikir…so, buat sahabatku Jaja…sabar jer lah ek, ajal, maut, pertemuan n perpisahan semua di tangan Tuhan. Bak kata sorang teman…Perkahwinan itu tidak sukar dan tidak juga mudah…
ia tentang apa yang kita percaya, sikap dan keserasian. Termasuk juga didalamnya menerima dan memberi, melukai dan dilukai. Tetapi yang perlu ada ialah CINTA…
cinta dan wang adalah 2 perkara berbeza tetapi saling diperlukan untuk meneruskan hidup dan perkahwinan. Tidaklah berdosa mengimpikan yang INDAH2 dalam hidup, tetapi terimalah hakikat bahawa kita tidak mungkin mendapat semua yang diingini…dan andai kata hakikat itu telah dapat diterima seadanya, tetapi JODOH masih tidak tiba juga…biarkan saja TAKDIR menentukannya…
God asked me to wait…

1 comment:

  1. welcome to the bloggie world my friend..hihi,nice entry,terus2 cite psl kawen.haii..relax la,muda lg la weh.uiks,bergenang air mata cik kak tu?yo yo oo je..dia tu kan hati keras! hahaha!!!

    ReplyDelete