Wednesday, November 19, 2014

Jogjakarta, Jawa Tengah

Salam…

Disebabkan lagi beberapa hari je lagi aku akan ke Jogjakarta untuk kali ke-dua, so…tetiba ada feeling-feeling nak update pasal Jogja masa aku pegi taun lepas. Actually, memang ingat nak masukkan entry tu tapi disebabkan kesibukan rutin harian memang x sempat la nak mengarang. Lagi pulak aku ni bukan lah rajin sangat nak menghapdate blog walaupun aku rajin baca blog org. Entry Cambodia, US and Europe pun masih terbengkalai. Hehehe...

6th January 2013

Kami bertolak dari KL ke Jogja dengan menaiki pesawat Air Asia. Bagi aku ni memang betul-betul percutian budget bagi kami. Mau taknye..flight ke jogja pun kitorang dapat cuma RM 150.00 per person pegi balik. Then, sepanjang kat sana plak kitorang stay kat Delta Homestay. Nasib baik jugak la masa nak booking dulu still ada yang available. Kebanyakan backpackers sure tau Delta Homestay ni sebab kebayakan yang stay situ semua backpackers especially mat-mat salleh. Kitorang je guest dari Asia. Untuk sesapa yang dalam percutian budget tu aku recommend kan homestay ni sebab murah dan selesa, lagi pulak dekat je kalo nak kuar shopping kat Jalan Malioboro tu. Homestay tu plak siap ada swimming pool lagi kauuu…mana nak cari room yg budget rendah tapi ade pool?? Rate untuk twin room pun cuma RP 150,000 (RM50) per night jer.

Hati riang dpt menjejak kaki di Sucipto Airport walaupun airport diorang xde la beso mana..tapi o.k la,.tetiba rasa kembali ke taun 80-an..hehe..



Depan bilik ade swimming pool lagi...budget murah tapi bleh mandi swimming pool kauuu...memang terbaik. Staff-staff yang keje situ pun very friendly.

Lepas je kitorang check-in, xdenye nak lepak-lepak dalam bilik melepaskan lelah bagai sebabnya rasa macam buang masa kalo datang bercuti tapi lepak dalam bilik kan? sebelum proceed ke destinasi pertama di Jogja, perut pun perlu diisi tuk menambah tenaga berjalan. Kitorang lunch nasik padang dekat-dekat homestay tu jugak. Lunch tengahari tu memang murah gila, makan skali air baru RM2.50..kalau kat Malaysia mana nak dapat harga camtu? Pas makan kitorang bergerak plak ke Pantai Parangtritis. orang cakap kalau ke jogja jangan lupa singgah ke pantai ni tengok sunset dari lautan India. Walaupun petang tu kitorang tak dapat nak menikmati sunset disebabkan cuaca mendung tapi agak enjoy jugak sebab pantai camni memang xde kat Malaysia. Agak scary tengok ombak besar yang menghempas pantai, memang xde orang mandi manda kat kawasan tu. Difahamkan pasir pantai Parangtratis terhasil dari gunung berapi sebab tu lah pasir dia kaler itam. 

Nampak tak ombak pantai ni camna?? scary gila...camna la perasaan orang yang alami Tsunami dulu kan?

Sunset tak muncul-muncul sebab ditutupi awan, hari makin gelap sebab nak ujan...xde rezeki nak tengok sunset kat sini..

Salah satu aktiviti yang kita bleh layan kat Pantai tu....tapi kitorang x try pun sebab hari dah semakin gelap.

Hari kedua plak kitorang bergerak ke Borobudur Temple yang suatu ketika dulu berada dalam senarai 7 wonders yang terletak di Kedu Valley. Ini lah tarikan utama bagi tourist-tourist yang datang ke Jogja ni. Menurut pak supir kitorang, tiap-tiap tahun Borobudur ni akan dipenuhi dengan penganut-penganut agama Buddha dalam suatu upacara keagamaan. Nak masuk sini kena lah pakai batik jawa yang diorang provide ni sebagai tanda menghormati tempat keagamaan diorang. Macam agama kita jugak...nak masuk masjid kena pakai tudung. Dari atas Borobudur tu kita bleh nampak Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010 dulu. Cantik sangat view kat atas tu. Kebetulan time kitorang sampai tak ramai orang sangat, so..bleh la nk posing-posing tanpa gangguan. Balik dari Borobudur kitorang singgah jap kat Restaurant Sekar Kedhaton untuk makan tengahari. Recommended makan kat sini sebab makanan dia sedap sangat walaupun xleh la dapat harga RM 2.50 macam ritu...mahal xpe..janji puas ati.

Selesai makan kami bergerak lagi ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Merapi. Ini adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. menurut pak supir kitorang lagi...dulu gunung merapi ni ada penjaganya yang bernama Mbah Maridjan yang turut terkorban semasa letusan gunung merapi pada tahun 2010. Sekarang gunung merapi tu di jaga oleh waris Mbah Maridjan jugak iaitu anak Mbah Maridjan tu sendiri tapi aku dah lupa nama apa ntah...Masa sampai kat kaki gunung merapi tu, rasa sangat best menghirup udara segar dari gunung, dingin and nyaman. Untuk naik explore sekitar gunung merapi tu, bagi sape-sape yang malas nak mendaki bleh la sewa moto atau jep yang disediakan kat kaki gunung tu. Tapi kena bayar lah...mana ada benda free kan? nak masuk ke Merapi ni pun dikenakan bayaran sebanyak RP 12,000 kalau tak silap aku...ingat-ingat lupa dah aku pun..memula kitorang ingat nak sewa moto tapi disebabkan dicabar oleh bapak-bapak dari Surabaya yang kebetulan nak naik sama, so...kitorang pun follow diorang skali la menapak sampai atas. Takde la jauh sangat pun,best la jugak jalan-jalan sambil borak-borak then tetiba sampai kat tapak rumah Mbah Maridjan tu. Actually dari situ kita dah bleh nampak puncak Gunung Merapi tu tapi sayangnya cuaca kurang elok petang tu, tak berapa nampak sebab dilindungi awan. Masa turun dari gunung merapi tu plak dapat la lagi kenalan dari Acheh yang tiba-tiba tegur kitorang untuk ambik gambo, yang sorang still study di Universiti Gajahmada di Jogja. Alhamdulillah...persahabatan tu terjalin sampai sekarang.






Pemandangan gunung merapi dari sawah padi 


Bekas-bekas lava yang mengalir semasa letupan gunung merapi...

Salah satu bangkai van di tapak rumah mbah marijan yang musnah semasa letupan gunung merapi 

Hari ke-tiga, awal-awal pagi dah bangun sebab arini kitorang akan pusing-pusing Jogja sehabis mungkin sebab keesokan ari dah nak berangkat pulang ke Malaysia. Itinerary arini kitorang akan ke satu lagi Candi yang femes kat Jogja ni, iaitu Candi Prambanan. Kalau Borobudur tu adalah Candi penganut agama Buddha, Candi Prambanan ni pulak adalah candi anutan agama hindu. Sama gak, nak masuk kena pakai batik jawa tu dan topi keselamatan sekali. Kenapa kena pakai topi keselamatan? sebabnya candi ni pun pernah terjejas semasa letupan gunung merapi dulu, so...senibina-senibina kat situ  banyak yang dah terjejas, topi keselamatan tu untuk elak sebarang kemungkinan, mana la tau..kot-kot ngah kita sronok-sronok berjalan ada batu dari bagunan tu runtuh ke...masa aku pegi aritu pun diorang dalam proses baikpulih balik bentuk asal candi kat situ. Kitorang spend time dalam tu lebih kurang 2 jam jugak lah sebab kawasan candi ni luas, siap kitorang sewa basikal kat dalam tu tuk pusing-pusing sekitar kawasan candi tu. Sewa basikal kat situ cuma RP 20, 000 jer tuk basikal yang twin tu. Selain candi prambanan kat dalam tu, ada jugak candi-candi yang lebih kecil skit contohnya candi sewu yang agak scary sebab takde orang sangat kat situ.

Pas penat mengayuh dalam park tu, pak supir kitorang suggestkan kitotang try makanan orang tempatan iaitu 'nasik gundeg'. Kitorang pun on je lah, dah alang-alang sampai tempat orang why not try masakan tempatan ye tak? Pas try, aku rasa itu lah kali pertama dan terakhir aku makan nasi gundeg tu...manis dia memang tak bleh blah, boleh kena kencing manis kalau ari-ari makan. Aku bleh sifatkan Jogja ni macam negeri-negeri pantai timur di Malaysia, sebabnya diorang pun terkenal ngan batik sana sani sampai naik pening aku tengok dan masakan diorang pun manis-manis belaka macam pantai timur. Owhhh!! lagi satu...lupa nak cite yang Jogja ni jugak dikenali sebagai 'kota pelajar', orang-orang Jogja ni ramai yang berbakat dalam bidang seni. Itu aku tak nafikan sebab kalau ke mana-mana je mesti jumpa penyanyi jalanan dan bandar diorang penuh ngan lukisan. Berseni btoi orang-orang kat sini.

Bila perut pun dah kenyang, kitorang proceed lagi ke destinasi seterusnya ke Kraton atau di kenali sebagai Kraton Ngayogjakarta Hadiningrat dimana tempat kediaman rasmi Sultan Jogja sekarang tapi dibuka untuk kunjungan pelancong. Kraton adalah sebuah istana yang mengandungi erti keagamaan dan kebudayaan. Istana ni dibangunkan oleh Pangeran Mangkabumi yang kemudian digelar  Sri Sultan Hamengku Buwuno. Harus diingat, Istana Sultan diorang bukan macam istana Sultan-sultan kat Malaysia ni yang hidup mewah. Istana ni penuh ngan ciri-ciri tradisional yang masih dikekalkan oleh Sultan sekarang. Takde apa sangat yang menarik kat dalam tu, lagi pulak kitorang dah termissed pertunjukan kebudayaan masa sampai tadi. Kitorang cuma ada 30 minit je kat dalam tu sebelum Kraton tu ditutup. Pas kuar dari Kraton tu kitorang bergerak plak ke Istana air Tamansari yang terletak tak jauh dari situ. Tamansari ni dulunya adalah tempat istirehat atau tempat bersenang-senang sultan jogja. Menurut Mas Jaka (tour guide yang bawak kitorang pusing-pusing sekitar Tamansari), Sultan Jogja akan beristirehat kat Tamansari ni sambil ditemani dayang-dayang istana. Selain dari menjadi tempat beristirehat para raja-raja, Tamansari ni jugak di jadikan sebagai benteng pertahanan suatu masa dulu sebab terdapat laluan bawah tanah kat Tamansari ni.






Candi Sewu yang agak scary

Makanan orang tempatan...Nasi Gudeg yang tersangat lah manis
Pintu gerbang masuk ke Kraton. Agak pelik sebab depan pintu ni ada ukiran-ukiran patung yang mengambarkan penganut agama hindu tapi sultan Jogja beragama islam...

Pintu masuk ke Istana Air Tamansari

Ini adalah kolam yang berasingan, yang hanya digunakan oleh Sultan dan dayang yang terpilih saje yerrrr...

Ini kolam yang digunakan oleh dayang-dayang yang lain sebelum dipilih oleh Sultan


Ni la tempat Sultan diorang pilih mana satu dayang yang layak teman dia mandi kat 'Special Pool' tu....Agaknya camni la gamaknya Sultan diorang mengintai dayang-dayang dia mandi yer....haha!! 




Salah satu kampung yang penh dengan hasil seni


laluan ke Masjud bawah tanah






Masa untuk pulang...merayau-rayau sekitar Malioboro street sebelum bergerak pulang.
Haha!!! i see nothing.....