Wednesday, November 19, 2014

Jogjakarta, Jawa Tengah

Salam…

Disebabkan lagi beberapa hari je lagi aku akan ke Jogjakarta untuk kali ke-dua, so…tetiba ada feeling-feeling nak update pasal Jogja masa aku pegi taun lepas. Actually, memang ingat nak masukkan entry tu tapi disebabkan kesibukan rutin harian memang x sempat la nak mengarang. Lagi pulak aku ni bukan lah rajin sangat nak menghapdate blog walaupun aku rajin baca blog org. Entry Cambodia, US and Europe pun masih terbengkalai. Hehehe...

6th January 2013

Kami bertolak dari KL ke Jogja dengan menaiki pesawat Air Asia. Bagi aku ni memang betul-betul percutian budget bagi kami. Mau taknye..flight ke jogja pun kitorang dapat cuma RM 150.00 per person pegi balik. Then, sepanjang kat sana plak kitorang stay kat Delta Homestay. Nasib baik jugak la masa nak booking dulu still ada yang available. Kebanyakan backpackers sure tau Delta Homestay ni sebab kebayakan yang stay situ semua backpackers especially mat-mat salleh. Kitorang je guest dari Asia. Untuk sesapa yang dalam percutian budget tu aku recommend kan homestay ni sebab murah dan selesa, lagi pulak dekat je kalo nak kuar shopping kat Jalan Malioboro tu. Homestay tu plak siap ada swimming pool lagi kauuu…mana nak cari room yg budget rendah tapi ade pool?? Rate untuk twin room pun cuma RP 150,000 (RM50) per night jer.

Hati riang dpt menjejak kaki di Sucipto Airport walaupun airport diorang xde la beso mana..tapi o.k la,.tetiba rasa kembali ke taun 80-an..hehe..



Depan bilik ade swimming pool lagi...budget murah tapi bleh mandi swimming pool kauuu...memang terbaik. Staff-staff yang keje situ pun very friendly.

Lepas je kitorang check-in, xdenye nak lepak-lepak dalam bilik melepaskan lelah bagai sebabnya rasa macam buang masa kalo datang bercuti tapi lepak dalam bilik kan? sebelum proceed ke destinasi pertama di Jogja, perut pun perlu diisi tuk menambah tenaga berjalan. Kitorang lunch nasik padang dekat-dekat homestay tu jugak. Lunch tengahari tu memang murah gila, makan skali air baru RM2.50..kalau kat Malaysia mana nak dapat harga camtu? Pas makan kitorang bergerak plak ke Pantai Parangtritis. orang cakap kalau ke jogja jangan lupa singgah ke pantai ni tengok sunset dari lautan India. Walaupun petang tu kitorang tak dapat nak menikmati sunset disebabkan cuaca mendung tapi agak enjoy jugak sebab pantai camni memang xde kat Malaysia. Agak scary tengok ombak besar yang menghempas pantai, memang xde orang mandi manda kat kawasan tu. Difahamkan pasir pantai Parangtratis terhasil dari gunung berapi sebab tu lah pasir dia kaler itam. 

Nampak tak ombak pantai ni camna?? scary gila...camna la perasaan orang yang alami Tsunami dulu kan?

Sunset tak muncul-muncul sebab ditutupi awan, hari makin gelap sebab nak ujan...xde rezeki nak tengok sunset kat sini..

Salah satu aktiviti yang kita bleh layan kat Pantai tu....tapi kitorang x try pun sebab hari dah semakin gelap.

Hari kedua plak kitorang bergerak ke Borobudur Temple yang suatu ketika dulu berada dalam senarai 7 wonders yang terletak di Kedu Valley. Ini lah tarikan utama bagi tourist-tourist yang datang ke Jogja ni. Menurut pak supir kitorang, tiap-tiap tahun Borobudur ni akan dipenuhi dengan penganut-penganut agama Buddha dalam suatu upacara keagamaan. Nak masuk sini kena lah pakai batik jawa yang diorang provide ni sebagai tanda menghormati tempat keagamaan diorang. Macam agama kita jugak...nak masuk masjid kena pakai tudung. Dari atas Borobudur tu kita bleh nampak Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010 dulu. Cantik sangat view kat atas tu. Kebetulan time kitorang sampai tak ramai orang sangat, so..bleh la nk posing-posing tanpa gangguan. Balik dari Borobudur kitorang singgah jap kat Restaurant Sekar Kedhaton untuk makan tengahari. Recommended makan kat sini sebab makanan dia sedap sangat walaupun xleh la dapat harga RM 2.50 macam ritu...mahal xpe..janji puas ati.

Selesai makan kami bergerak lagi ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Merapi. Ini adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. menurut pak supir kitorang lagi...dulu gunung merapi ni ada penjaganya yang bernama Mbah Maridjan yang turut terkorban semasa letusan gunung merapi pada tahun 2010. Sekarang gunung merapi tu di jaga oleh waris Mbah Maridjan jugak iaitu anak Mbah Maridjan tu sendiri tapi aku dah lupa nama apa ntah...Masa sampai kat kaki gunung merapi tu, rasa sangat best menghirup udara segar dari gunung, dingin and nyaman. Untuk naik explore sekitar gunung merapi tu, bagi sape-sape yang malas nak mendaki bleh la sewa moto atau jep yang disediakan kat kaki gunung tu. Tapi kena bayar lah...mana ada benda free kan? nak masuk ke Merapi ni pun dikenakan bayaran sebanyak RP 12,000 kalau tak silap aku...ingat-ingat lupa dah aku pun..memula kitorang ingat nak sewa moto tapi disebabkan dicabar oleh bapak-bapak dari Surabaya yang kebetulan nak naik sama, so...kitorang pun follow diorang skali la menapak sampai atas. Takde la jauh sangat pun,best la jugak jalan-jalan sambil borak-borak then tetiba sampai kat tapak rumah Mbah Maridjan tu. Actually dari situ kita dah bleh nampak puncak Gunung Merapi tu tapi sayangnya cuaca kurang elok petang tu, tak berapa nampak sebab dilindungi awan. Masa turun dari gunung merapi tu plak dapat la lagi kenalan dari Acheh yang tiba-tiba tegur kitorang untuk ambik gambo, yang sorang still study di Universiti Gajahmada di Jogja. Alhamdulillah...persahabatan tu terjalin sampai sekarang.






Pemandangan gunung merapi dari sawah padi 


Bekas-bekas lava yang mengalir semasa letupan gunung merapi...

Salah satu bangkai van di tapak rumah mbah marijan yang musnah semasa letupan gunung merapi 

Hari ke-tiga, awal-awal pagi dah bangun sebab arini kitorang akan pusing-pusing Jogja sehabis mungkin sebab keesokan ari dah nak berangkat pulang ke Malaysia. Itinerary arini kitorang akan ke satu lagi Candi yang femes kat Jogja ni, iaitu Candi Prambanan. Kalau Borobudur tu adalah Candi penganut agama Buddha, Candi Prambanan ni pulak adalah candi anutan agama hindu. Sama gak, nak masuk kena pakai batik jawa tu dan topi keselamatan sekali. Kenapa kena pakai topi keselamatan? sebabnya candi ni pun pernah terjejas semasa letupan gunung merapi dulu, so...senibina-senibina kat situ  banyak yang dah terjejas, topi keselamatan tu untuk elak sebarang kemungkinan, mana la tau..kot-kot ngah kita sronok-sronok berjalan ada batu dari bagunan tu runtuh ke...masa aku pegi aritu pun diorang dalam proses baikpulih balik bentuk asal candi kat situ. Kitorang spend time dalam tu lebih kurang 2 jam jugak lah sebab kawasan candi ni luas, siap kitorang sewa basikal kat dalam tu tuk pusing-pusing sekitar kawasan candi tu. Sewa basikal kat situ cuma RP 20, 000 jer tuk basikal yang twin tu. Selain candi prambanan kat dalam tu, ada jugak candi-candi yang lebih kecil skit contohnya candi sewu yang agak scary sebab takde orang sangat kat situ.

Pas penat mengayuh dalam park tu, pak supir kitorang suggestkan kitotang try makanan orang tempatan iaitu 'nasik gundeg'. Kitorang pun on je lah, dah alang-alang sampai tempat orang why not try masakan tempatan ye tak? Pas try, aku rasa itu lah kali pertama dan terakhir aku makan nasi gundeg tu...manis dia memang tak bleh blah, boleh kena kencing manis kalau ari-ari makan. Aku bleh sifatkan Jogja ni macam negeri-negeri pantai timur di Malaysia, sebabnya diorang pun terkenal ngan batik sana sani sampai naik pening aku tengok dan masakan diorang pun manis-manis belaka macam pantai timur. Owhhh!! lagi satu...lupa nak cite yang Jogja ni jugak dikenali sebagai 'kota pelajar', orang-orang Jogja ni ramai yang berbakat dalam bidang seni. Itu aku tak nafikan sebab kalau ke mana-mana je mesti jumpa penyanyi jalanan dan bandar diorang penuh ngan lukisan. Berseni btoi orang-orang kat sini.

Bila perut pun dah kenyang, kitorang proceed lagi ke destinasi seterusnya ke Kraton atau di kenali sebagai Kraton Ngayogjakarta Hadiningrat dimana tempat kediaman rasmi Sultan Jogja sekarang tapi dibuka untuk kunjungan pelancong. Kraton adalah sebuah istana yang mengandungi erti keagamaan dan kebudayaan. Istana ni dibangunkan oleh Pangeran Mangkabumi yang kemudian digelar  Sri Sultan Hamengku Buwuno. Harus diingat, Istana Sultan diorang bukan macam istana Sultan-sultan kat Malaysia ni yang hidup mewah. Istana ni penuh ngan ciri-ciri tradisional yang masih dikekalkan oleh Sultan sekarang. Takde apa sangat yang menarik kat dalam tu, lagi pulak kitorang dah termissed pertunjukan kebudayaan masa sampai tadi. Kitorang cuma ada 30 minit je kat dalam tu sebelum Kraton tu ditutup. Pas kuar dari Kraton tu kitorang bergerak plak ke Istana air Tamansari yang terletak tak jauh dari situ. Tamansari ni dulunya adalah tempat istirehat atau tempat bersenang-senang sultan jogja. Menurut Mas Jaka (tour guide yang bawak kitorang pusing-pusing sekitar Tamansari), Sultan Jogja akan beristirehat kat Tamansari ni sambil ditemani dayang-dayang istana. Selain dari menjadi tempat beristirehat para raja-raja, Tamansari ni jugak di jadikan sebagai benteng pertahanan suatu masa dulu sebab terdapat laluan bawah tanah kat Tamansari ni.






Candi Sewu yang agak scary

Makanan orang tempatan...Nasi Gudeg yang tersangat lah manis
Pintu gerbang masuk ke Kraton. Agak pelik sebab depan pintu ni ada ukiran-ukiran patung yang mengambarkan penganut agama hindu tapi sultan Jogja beragama islam...

Pintu masuk ke Istana Air Tamansari

Ini adalah kolam yang berasingan, yang hanya digunakan oleh Sultan dan dayang yang terpilih saje yerrrr...

Ini kolam yang digunakan oleh dayang-dayang yang lain sebelum dipilih oleh Sultan


Ni la tempat Sultan diorang pilih mana satu dayang yang layak teman dia mandi kat 'Special Pool' tu....Agaknya camni la gamaknya Sultan diorang mengintai dayang-dayang dia mandi yer....haha!! 




Salah satu kampung yang penh dengan hasil seni


laluan ke Masjud bawah tanah






Masa untuk pulang...merayau-rayau sekitar Malioboro street sebelum bergerak pulang.
Haha!!! i see nothing.....



Wednesday, October 1, 2014

My Best Friend





Tetiba terasa rindu sangat ngan kengkawan aku nih...Maklum je lah, lama gila dah tak hang out sesama sebab memasing da ada tanggungjawab masing-masing.Bila tgk video ni tingat la pulak moment-moment indah waktu muda-muda dulu...hehe..Tapi walaupun dah jarang jumpa, hubungan hati tu tetap ada. Rasa sangat bersyukur mempunyai kawan-kawan yang macam ni dalam hidup aku...Moga persahabatan kita kekal hingga hujung nyawa. Amiinnnn...

Thursday, June 5, 2014

Panggilan Pulau (Redang Island)

Salam....balik dari Redang rasa cam x sabo-sabo nak masukkan entry ni. Actually, vacation kali ni memang tak planning pun. Tetiba aku rasa macam nak masuk pulau. Last minutes decision, sib baik still ada available room kat Redang Lagoon kalau tak memang kitorang proceed masuk Tioman jer. Memula ingat nak stay kat Laguna tapi disebabkan last minutes semua bilik dah fully booked. Padan muka kami...hehe..kali ni kitorang x driving dari Penang sebab member aku ni ade training kt KL, so that aku just take flight to KL then meet her at KLIA2 then proceed to Kuala Terengganu. Rasa lebih relax sebab xyah drive jauh-jauh. Lagipun kitorang pegi berdua jer, cam malas plak nak drive. Kitorang sampai Kuala Terengganu pun dah malam, so kitorang stay kat Kuala Terengganu je malam tu. Early morning on 25th May tu kitorang gerak ke Jetty kat Shahbandar sebab ferry ke Redang kul 10 pagi. 5 tahun lepas masa kitorang datang kena naik boat kat Marang naik boat kecik jer, tapi sekarang dah advance skit...dah ade ferry beso cam ferry Langkawi tu. Jetty pun selesa x macam dulu kena tunggu kat Marang macam kampung nelayan. Bagus la kerajaan negeri dah naik taraf macam tu, baru lah makin ramai pelancong datang melawat Terengganu nanti.


Yeahhhh...muka excited x sabo nak menyelam bila tengok laut biru tu...i can't wait..i can't wait...rasa cam dah xmo check in dulu, nak terjun je trus. Member aku yang sebelah tu lagi la over excited sebab dapat jumpa buah ati pengarang jantung. Haiiiii la kawan....untung lerrrr...aku jugak yang dok melangut sorang-sorang bila diorang berdating.



Lewat petang tu pas mandi semua jalan-jalan di sepanjang long beach tu, suka memandang pada laut lepas sebab disitulah aku lepaskan semuanya yang terbuku dalam hati. 5 tahun lepas aku ke sini dengan membawa lara dihati...dan kali ni pun aku membawa cerita yang sama. Bak kata kawan aku...'kadang-kadang nasib tu selalu tidak menyebelahi kita walau kita berusaha sehabis mungkin'. Sebenarnya masa tu cepat btol berlalu, 5 tahun lepas aku datang ke sini masa hari pernikahan my ex bf... 5 tahun lepas kawan aku jumpa cinta hati dia masa kitorang bercuti kat sini. Alhamdulillah...sampai sekarang still with the same person walaupun pernah putus sekejap. Dulu kitorang tak suka ngan pilihan dia ni sebab beza umo yang sangat jauh, 8 tahun kot bezanya. Dulu mamat tu aku anggap macam budak-budak yang nak take advantage kat pompuan-pompuan yang berduit jer...tapi sekarang aku tgk dia dah matang and more responsible. Bagus la macam tu, sebagai kawan kita cuma nak kawan kita bahagia jer walaupun kita nampak ada kekurangan, cuma dia je yang tau apa kelebihan orang tu. So, bila aku tgk diorang, rasa sedih pun ade..rasa bahagia pun ade...sedih sebab nasib aku x sebaik orang lain. Slalu jumpa ngan orang yang tak pernah hargai aku. Ermmm...xpe lah, dah nasib badan..redha jer lah..bahagia sebab tengok dia happy...mungkin pasni or next year bila diorang pun dah berkahwin, aku travel sorang-sorang jer lah nampak gayanya.


View kat sini memang cantik, ini adalah laluan menuju ke Redang Reef Resort, dekat je ngan Laguna tapi resort ni x bercampur ngan orang. Tempat dia memang strategik tapi banyak chinese yang stay situ. Macam resort yang kitorang stay ramai melayu sebab itu adalah satu-satunya resort melayu yang ada kat Redang tu. Yang lain memang full ngan chinese jer.


2nd day after snorkeling sempat lagi panjat bukit depan kitorang nyer resort sebab nak tgk view yang mabeles tapi bukit tu xde la tinggi sgt, that's why x bleh nak nampak keseluruahan pulau. Subhanallah...indah sungguh ciptaan Tuhan.


Nampak tak air laut dia yang crystal clear tu? cam kat swimming pool kan? gile awesome...memang rasa cam tak nak balik la bila lepak sini. Bila aku ke sini rasa tenang sgt kepala otak, xde nak pk apa pun. Pasal keje memang letak tepi terus lah. Cuma kekadang bila dok sorang2 memandang laut lepas terpikir jugak lah pasal nasib diri.


It's time to snorkeling bebeh!! cam poyo jer kan...bak kata beach boy tu, pakai baju dah ganas gile macam nak p diving last2 pakai life jacket?? haha!! Niat nak diving tu memang ade, nak-nak pulak bila tengok keindahan dasar laut kan...bila kita snorkeling kat atas tu nampak geng-geng diving kat bawah memang la rasa teringin jugak...tapi nak buat camne, nak ambik lesen dive pun xde masa tambah plak ngan penakut memang x lar...setakat bleh snorkeling tu pun dah rasa pueh ati dah.


Orang nak pose dalam air aku pun nak pose jugak...tapi xleh nak pose lelama sebab aku jenis yang xbleh nak tahan nafas. Bleh lemas kalo pose lelama...


It's NEMO guys!!! teruja nampak nemo...sempat tangkap sekor tapi kena lepas balik sebab ikan-ikan kat taman laut ni semuanya terpelihara kang tak pasal-pasal kena bayo denda plak kang. 


Dulu time snorkeling siap kejar bapak penyu, but this time cuma bleh pegang anak penyu jer...huhu!!


Last day snorkeling memang rasa cam tak nak balik. Berat hati ni nak meninggalkan Pulau yang super marvelous nih, yang banyak menyimpan cerita-cerita sedih aku. Till we meet again...Insyallah...

balik dari Redang, baru prasan muka dah macam dayang senandung. Maunye x...ari-ari snorkeling sampai ke petang. Pastu feeling-feeling mat saleh konon nak berjemur depan boat ni. Tapi xpe, aku je enjoy camtu...bak kata mak aku, biar kulit itam jgn hati yang itam...Kalau orang tu ikhlas ngan kita, dia tak kisah pun itam ke..pendek ke..gemuk ke...asal hati ikhlas pasti ade hati yang tertawan. ye tak? Eh!! melalut plak aku nih..k, till then... 


Thursday, May 15, 2014

Working Hour + Happy Hour

Salam...saje je upload picture ke Langkawi last week. Actually, ini bukan kali pertama aku kena berulang alik ke Langkawi atas uruasan keje. In fact, aku rasa Langkawi ni dah macam rumah kedua aku. Sebab keje je aku akan ke Langkawi, kalo saja suka-suka nak bercuti ke Langkawi memang tak lar...last aku bercuti ke Langkawi pun dah lama gila kot rasanya, tu pun vacation ngan kengkawan sebelum diorang semua tak kawen lagi. Bukan xde tempat menarik kat Langkawi cuma pulau itu bukan pulau pilihan aku...honestly, aku lebih suka pulau-pulau di sebelah Laut China Selatan. Langkawi bagi aku, dia punya beach tak lah cantik mana pun...bleh lah kalau nak pegi holiday ngan family berehat tepi pantai kan...Yang best kat Langkawi ni of coz la barang bebas cukai, shopping coklat memang heaven la...masa beli memang rasa murah, then ambik banyak-banyak, berkotak-kotak, pastu bila time nak bayo...haaaaa!! hambik kau...beratus jugak la duit poket melayang. Bagi sape-sape yang nak kawen atau baru pas kawen, nak shopping barang rumah cam mangkuk pinggan tu memang sangat bijak lah sebab kat sana memang murah-murah gile...Kali ini aku outstation kat Langkawi ni paling lama sampai boring la dok kat sana. Labour day ritu tak dapat cuti, terpaksa ke Langkawi, 2 ari kat sana pastu balik..then, 8th May kena p lagi until wesak day baru balik. Bayangkan 2 minggu aku keje direct xde cuti langsung, public holiday pun x bleh cuti...tapi xpe...positive thinking...i gain some, i lose some... ini pun bleh consider working + holiday jgk lah kan... 


Slalunya kitorang ke Langkawi tak payah susah-susah naik ferry sebab my big bos ade yacht dia sendri. So, slalu pegi ngan yacht dia jer lebih senang. Time-time camgini la nak merasa naik bot mewah pun kan...bak kata orang tua-tua.."sambil menyelam minum air..." hehe......



Sepanjang kat sana kitorang follow VVIP pegi fishing mewakili bos aku yang tak dapat entertain VVIP tu sebab dia ade urusan lain di Australia. Nak mention nama VVIP tu pun tak brani takut kena buang negeri plak kang...hehe..O.k...ini lah hasilnya setelah diorang dave selama 2 jam kat dalam laut tu. Tapi dapat sekor jer lah lobster ni pun. 


Ce teka katne ni?? sape yang pernah menginap kat sini sure bleh teka kan katne tempat ni... ini adalah Langkawi Lagoon Resort yang terletak kat Padang Matsirat. Kalo naik flight ke Langkawi, dekat je lah ngan airport. Tapi kalo dari pekan kuah lebih kurang 30 minit. Bos aku ni xde lah berkira sangat, asal outstation je sure bleh lepak hotel 5 star punya lah..tu yang bestnye...yang x bestnye, kekadang kitorang berkeje sampai tak cukup tido...tu yang orang tak tau. 

View from hotel lobby




ini orang panggil magic moment...time-time dah nak senja gitu, memang shantik gile lah view dia...sangat sesuai untuk honeymoon. Dulu selalu tengok kat tv, but now...my dream come true...hehe..

Sunset dari tengah-tengah lautan biru


Ini pulak view dari kitorang nyer room di Bayview Langkawi. On 8th May kitorang menginap kat sini lah pulak sebab this time bos xde. So, senang sikit nak kuar makan or shopping-shopping kat pekan Kuah. Kalau sape-sape yang nak senang kuar ke pekan di rekemenkan lepak je kat Bayview ni sebab dekat ngan semua kemudahan, nak ke jetty pun 10 minit jer..nak ke Haji Ismail mall pun 5 minit jer. Pendek kata semua senang lah kalau stay kat Bayview ni sebab kedudukan dia ditengah-tengah pekan kuah.


Slalunya kalau ke Langkawi ngan yacht bos aku, dia slalu parking kat Royal Yacht Club ni, dekat ngan jetty point and senang nak ke mana-mana. Kalau parking kat Telaga Habour tu memang jauh gila lah...


Haaa....ni la yacht bos aku yang kecik, actually dia ade 2 bijik..1 kecik dan lagi satu yang beso...dulu dia cakap nak lego yang kecik ni before beli yang beso tu, tapi after beli yang beso tu dia sayang nak lego sebab ade sentimental value katanye...

Pose dulu before balik....(iklan sat...haha!!)


Ini pulak kat Fish Farm Restaurant and Resort...highly recommended untuk try makanan kat sini. Selain makanan yang sedap view kat sini pun cantik gile...


O.k...till then, heading back to Penang...ni lah yacht dia yang beso, yang kat sebelah tu yacht dia yang kecik..mesti orang pun pelik nape skali 2 yacht dia ke Langkawi kan? ermmm....tak bleh nak cite, biarlah menjadi rahsia kerajaan...hehe.. Good bye Langkawi Island, till we meet again.