Sunday, January 30, 2011

Sayangilah Mata Anda


Salam guys...arini dapat cover blk tido setelah beberapa minggu aku x cukup tido...sampai make up artis yg make up aku mlm dinner malam semalam pun ckp mata aku gelap dibawah sebab xcukup tido. Dah macam mata beruang panda dah aku rasa....hehe!!

Bercakap pasal mata nih aku nak share skit info2 pakai mata ni disebabkan arini mata aku mmg membengkak tahap gaban. Puncanya? sebab mlm dinner tu aku memberanikan diri tuk memakai contact lens w'pun dah di warnning oleh doktor "stay away from ur lens for a while". Gila x pakai? mesti la kena pakai lens kalo nk nampak cantik kan? xkan nak pakai spek plak kan? kang nampak cam makcik2 plak...huhu!! Akibatnya...nah!!hambek kau...nak pakai sgt...bgn pagi kemarin mata aku dah merah dan berair siap bengkak2 lg...hadoii!!nk drive balik mmg rasa satu penyiksaan sebab time nak balik tu lak panas terik...bila kena panas lg la xleh nk bukak mata. Sebab tu aku suka memakai sunglass sbb mata aku mmg sensitif pada cahaya matahari bukan sebab suka2 nk pakai atau suka2 nak bergaya. Ni bukan pertama kali jd camni tapi dah berkali-kali start thn lepas sepanjang tempoh aku memakai lens. Sepanjang 6 thn aku memakai lens o.k jer...xde plak problem nih, tu la org ckp...kesan jangka panjang...dulu xde kesan, skrg br nk menampakkan kesan2 nyer....huhu!!

Actually, pemakaian contact lens (kanta sentuh) nih mmg memerlukan nasihat doktor atau optometris....bukan main aci pakai ikut suka jer sebab bukan semua mata sesuai untuk memakai contact lens dan x semua contact lens yang ada kat kedai spek tu sesuai dgn semua mata. Dan pemakaian lens tidak boleh melebihi tempoh penggunaan, contohnya...lens cuma bleh pakai 8 jam...tapi aku hentam pakai kekadang sampai 12 jam, ataupun expiry date untuk lens tu sebulan, tapi aku pakai sampai 2 bln. So, kesan buruk dari pemakaian yang tidak sihat ini akan mengakibatkan kesan jangka panjang seperti konjunktivits infeksi (mata menjadi merah), konjunktivits alergi (xtau nk explain), calar pada kornea dan ulser kornea (terdapat selaput putih pada mata itam) dan ada sesetengah kes pemakai contact lens bleh menjadi buta.
Last year aku dah pegi jumpa pakar tapi time tu dia dpt detect ada kesan calar pada kornea mata aku, mungkin tercalar masa aku nk buang lens kot...pastu stop jap pakai lens. Bila da o.k pakai balik...pastu jadi balik....hadoiiii!!sgt2 risau skrg...

Nape aku risau sgt? sbb aku adalah manusia yg x suka memakai spek..risau kalo da xbleh pakai lens..camne nak menembak? kalo penglihatan x brapa nk power? ckp pasal menembak, teringat satu benda yg lawak smlm. After check out dari hotel smlm, aku ngan kengkwn aku singgah jap kat Gurney Mall utk window shopping. Then...salah sorang member tanya aku.."nak window apa lagi nih?" aku pun jawab la..."jap lagi nak survey lens jap" dia pun ckp..."o.k, jap lagi kita gi cari kedai spek"...time tu aku da nk terburai isi perut tp control lagi sbb xnak memalukan member, tapi hampeh tul member aku yg lagi sorang tu....tetiba dia tergelak beso sebab dia dah paham...yg aku maksudkan nak cr lens tu bukan contact lens tapi lens camera....kehkehkeh!!!

Mata saya yang malang...umpama sudah jatuh ditimpa tangga...sudah la bengkak, terkena minyak panas plak semasa mengoreng ayam tadi...huhu!!! :(
Nasihat pakar2 mata : Sayangilah mata anda kerna...dari mata turun ke hati....(ceh!! ada kena-mengena ke?) hehe!!

Sunday, January 23, 2011

Tempoh Bertenang..

Macam suspen jer tgk entri aku kali nih kan? Tempoh bertenang? hehe!!macam yang korang leh tgk pic.aku kat atas tu...mcm tu la aku ngan bertenang skrg...bertafakur, senang cite berehat sebentar bersama kitkat....:p Kadang-kadang....bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, selalu lah bertenang, bertafakur, berfikir, bermuhasabah dan berpikiran positif....tiap kejadian pasti ada hikmahnya samada kita sedar ataupun tanpa sedar. Mungkin, bila sesuatu itu berlaku br lah kita tahu kebenaran dan barulah mata pun terbuka luas utk melihat tiap kenyataan yang sebelum ini terselindung di sebalik tembok china...hehe!!! Nanti, bila aku bercakap camgini...org akan ckp kat aku.."Ceh!! macam la baik sgt.." No..no...no...aku bkn nak tunjuk baik atau nk tunjuk alim kat sini sebab aku tau diri aku camne...i'm not perfect dan ilmu yang aku ada pun blum sampai ke tahap Iman Muda, tapi aku bercakap lebih kepada pengalaman, apa yang berlaku kt aku...apa yg aku lihat...apa yg aku baca...apa yang aku dengar...so, x slh untuk berkongsi kan? Sharing is caring what....:)

Tadi aku terbaca pasal Scha dlm B*POP yang berbunyi " Diam Lebih Baik". Apa kena-mengena ngan aku? hehe!! mmg xde kena-mengena langsung pun cuma byk persamaan di situ. So, aku tergerak atie nak menulis pasal hal ni arini. Bila aku baca tadi, aku terpikir dan baru perasan...actually, aku ngan Scha ni ade persamaan (Ceh!! perasan!!!) bukan lah dari segi paras rupa, kalo nak diukur dari segi paras rupa tu dah tentu-tentu la dia 10 kali lawa dr aku nih...body pun solid molid, kaki panjang....aku mmg suka org berkaki panjang nih sbb aku ni dr golongan-golongan kecik molek...:p Erm...nk tau apa persamaan aku ngan Scha Al-Yahya nih? persamaan kami ialah...bersikap terbuka dan lantang bersuara, orang-orang yang camni akan menyuarakan apa saja yang terlintas di fikiran tanpa sesekali menimbang kemungkinan ketelusan itu perlahan-lahan memakan diri sendiri. Ye betul!! tepat sekali...orang yang macam ni sebenarnya x pandai nak berpura-pura, so...apa yang dia lihat dan apa yg dia rasa itu lah yang akan disuarakan. Orang-orang yang macam ni kekadang disenangi orang dan kekadang x disenangi orang sebab suka ckp lepas...Dalam hal ni, golongan-golongan ni (termasuk aku lah tu...) haruslah menerima hakikat ketika berdiam itu adalah lebih baik daripada bersuara mempertahankan diri kerana interpretasi setiap manusia itu berbeza-beza. Maksudnya, x semua org yang akan berfikir seperti apa yang kita fikir. Sebab x guna kita tampil ke depan untuk mempertahankan diri atau menjelaskan sesuatu hal tetapi masih lagi dipersalahkan kerana ia umpama mencurah air di daun keladi..ia akan membuat diri kita akan lebih kecewa kerana setiap penjelasan tidak diendahkan. Oleh itu...bila terjadi bermacam-macam episod dlm idup aku, aku rasa...lebih baik aku memilih jln utk berdiam dan meneruskan kehidupan macam biasa bak kata omputeh "the best way out is always through"...hadapi setiap dugaan, cabaran, tentangan, cemuhan, apa saja lah yang datang dengan senyuman...bak kata Jam Loceng "Smile...u are in the candid camera..." klik! klik! :) hehe!!! tiap kali aku ingat statement tu sure aku tersenyum sorang-sorang...gilo lah ang!...haha!!

Moral of the story...walau sebaik mana pun kita, seakrab mana pun kita...kita harus sedar, tak semua org mempunyai kecenderungan yang sama...so, mulai saat ini lebih baik kita mengikut rentak dan situasi agar keadaan akan menjadi lebih baik. Tetapi semua itu tidak bermakna aku perlu mengubah diri dan menjadi orang lain. Mashitah tetap Mashitah yang sama, cuma lebih berhati-hati dalam tindak tanduk serta perkataan yang mungkin selama tak disenangi ramai (copy paste apa yang Scha ckp) hehe!! Everyday is a learning process...Blaja sesuatu dalam hidup xkan pernah habis, selagi x tutup mata...selagi itu lah kita akan belajar sesuatu yang baru dalam idup kita. After aku berfikir dan bertafakur beberapa hari, sebenarnya byk jgk yang aku blajar tentang kehidupan skrg. Life...life is beautiful, it's will be wonderful someday...so, don't worry about every single things that happen in ur life... ;) (*wink) Aku hanya mampu senyum saat ini sebab teringat kata-kata sorang teman...."Seribu kali kita buat baik, org xkan nampak...tapi sekali je kita buat salah, orang akan ingat sampai bila-bila" itulah benda yang aku baru blajar skrg. Thanks to life....aku suka mcm ni sebenarnya, slalu bagi benda baru untuk aku blajar. Bak kata org tua-tua..."yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

Everclear - Wonderful



Just nak share satu lagu yang bebetul meninggalkan kesan pada aku dari zaman kanak - kanak sampai ke hari ini. Wonderful by Everclear...Lagu nih adalah salah satu feveret song aku masa time aku di form 1 or 2 macam tu la coz da x brapa nak ingat thn bila lagu ni kuar tapi band nih mmg da lama wujud sejak 1992 kot. Nih kira oldschool song la....masa ni Everclear ngah femes. So, time tu aku adalah salah sorang peminat lagu-lagu alternative/grunge sebab itu lah band ni menjadi kesukaan aku selain Greenday, Oasis dan Weezer. Dolu-dolu time aku sedih jer slalu la lyn lagu nih, percaya atau x...pas dengar lagu ni mesti aku akan rasa o.k nyer..sebab dr dulu sampai la skrg aku slalu caya pada lirik lagu tu..."i close my eyes when i get to sad, i think thoughts that i know are bad....i close my eyes and i count to ten, hope it's over when open them...." Rasa macam kelakar bila sampai skrg pun aku still buat benda yang sama. Pejam mata dan kira sampai 10...hehehe!!! mcm budak-budak!!!...:p

Thursday, January 20, 2011

Untukmu SAHABAT

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya,jam loceng saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Sahabat saya, kesayangan saya,
Jauhkan kami sebarang sengketa,
Jauhkan kami berburuk sangka,
Jauhkan kami kata mengata.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..
p/s : "Sahabat yang baik tidak akan berburuk sangka pada sahabatnya sendiri"

Sunday, January 16, 2011

ShAngHai StoRy

Rasanya dah sebulan lebey aku balik dari Shanghai tapi entry aku ni x siap2 jgk…ntah ar nape, xde mood utk menulis atau xde idea tuk masukkan dalam entry ni. IDEA? Rasanya mencurah2 idea dan byk benda yang nak aku kongsikan kat sini. Tapi lately ni masa agak terbatas, MASA la punca utama aku skrg nih. Start balik dari Shanghai seminggu pastu fly ke Jakarta lak atas urusan keje, balik dari Jakarta da msk thn baru…bila start thn baru byk la plak keje aku nak kena buat sampai kekdg dlm seminggu tu blk umah sure kul 11, 12 malam...ada 1 aritu aku cuma sempat tido 2 jam jer coz mlm tu sampai umah kul 12, pastu sok pg2 buta da kena bgn kul 3 coz nk gerak ke Putrajaya kul 4pg sbb kul 9 pg da nk kena ada kat Immigration Putrajaya. Mmg rs nak flat sgt2 tapi kena positifkan diri, demam2 pun gagah gak masuk keje sbb kalo xmsk byk benda yg pending nanti. Time2 camgini mmg rasa cam nak take a break, ambik cuti pegi memana, offkn henpon yg menyemak pala otak n rest dgn amannya. Tetiba teringatkan Redang, rindunya pada Pulau itu…rindu nak meyelam lg...Ermmmm…o.k gak idea tu…bila yer nak vacation lg? cakap pasal vacation...br tingat entry pasal trip aku ke Shanghai aritu blom dimasukkan lagi...o.k..let's we start with the story....

SHANGHAI....finally, my dream come true....Actually da lama aku nak ke Shanghai ni coz dulu asyik dengar org cite Shanghai ni mcm little NY, nk jugak la tgk camne rupanye little NY tu...Dulu, masa aku ke Beijing x rasa sgt keterujaan nk tgk tmpt tu camne...taim tu dlm kepala otak cuma ingat nk tgk Great Wall jer...



7th Dec.10 ~ Kul 5.30 pg dah terpacak kat Penang Airport coz flight aku kul 8 pg...mmg x cukup tido, da la mlm tu kul 2 br dpt lelap kan mata. dan mekasih jgk pada 'jam loceng' aku yg bgnkan aku seawal 4pg. kalo x, sure terbabas...hehe!! Masa nak check in tu...masa kat Immigration, dlm ati still lg dup dap dup dap w'pun dah tau kes PTPTN tu da settle. Yer lah...mana la tau kot2 berlaku kesilapan di mana-mana..Lepas jer Immigration, aku rasa cam nk melompat jer coz seronok sgt sbb nama aku mmg bebetul da clear...skwe...skwe...skwe...haha!!



Kitorang sampai di Shanghai Airport lebih kurang kul 4.30ptg....masa sampai tu hari dah hampir gelap sbb kat sana skrg ngah musim sejuk (malam lebih panjang dr siang). Dari Airport kitorang terus ke Suzhou (prefecture-level city) yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dr Shanghai. Lama gilo tu...so, aku mengambil kesempatan tu utk tido sepanjang pejalanan tu coz mmg lotih sesgt lah taim tu...bygkan...tido kul 2pg, bgn 4pg..from penang transit kat bangkok (1 jam 45 min) pastu br fly to shanghai (4jam 30min) sampai Shanghai nk ambik 3jam plak nk ke Suzhou...Hadoooiiii!!!mau pengsan aku taim tu gak...Pas dinner di Han Ting Fang Restaurant (cuma mkn sayur dan seafood w'pun dihidangkan lidah itik..) kitorang terus ke Harmony Times Square. Tempat ni mmg cantik coz it's full of colour mcm yang korang leh tgk kat pic. aku di atas tu...tapi sygnya aku x sempat nk menembak coz kitorang rush nk blk hotel lak pastu. hampeh tul!!!.......



8th Dec.10 ~ Masih lagi di Suzhou...after b'fast kami bergerak ke Kilang Sutera tgk camner sutera china diprosess....ceh!!da mcm lawatan sambil blaja dah aku rasa. Lepas membeli belah di kilang sutera we all begerak ke Lotus Garden Tample plak...tempat ni biasa2 jer...mcm taman2 yg aku pernah pg masa kat Beijing dulu...ukiran building diorang lebih kurang sama jer..then, we having lunch at Xinjiang Ya Ke Restaurant (muslim restaurant). Makan kat sini mmg superb lah!! kat sini la kami nk bantai mkn ayam ngan daging pun sbb kat sini ditanggung halal....pas lunch, proceed ke Wuzhen plak....perjalanan dr Suzhou ke Wuzhen mengambil masa selama 3 jam....dalam perjalanan tu, our tour guide ada bgtau....dlm byk2 tempat dia paling suka pegi Wuzhen ni....dan aku da x sabo2 nk tau, apa menariknya kat Wuzhen ni...


Sempat lagi nak berposing depan 'WakSegan' milik sapa ntah....pakai tembak jer aku nih...hehe!!




9th Dec.10 ~ Welcome to water village of Wuzhen...Macam yg tour guide kitorang ckp, dalam byk2 tmpt, dia paling suka ke Wuzhen...dan bila aku sampai ke perkampungan air tu, mmg aku sendri akui...Wuzhen is the best place ever! nape aku ckp best? sbb kampung ni amat lah cantik dan dijaga dengan baik w'pun dah berusia 1,700 thn...mmg antik gila rumah2, kedai2, hotel2...semuanya antik2...termasuk la hotel kitorang menginap (Tong An Hotel )5 star hotel yg sgtlah antik dan menarik. Semestinya tempat mcm ni amatlah sesuai utk org yang macam aku utk menembak.


Ini adalah pemandangan di waktu malam....kampung nih akan bercahaya ngan lampu2 yang bewarna-warni..cantik sgt! tapi lampu2 nih hanya akan dibuka sehingga pukul 10 mlm sahaja. Lepas kul 10 semua lampu2 nih ditutup kecuali lampu jln. Actually...water village ni dah pun di ambil alih oleh kerajaan. Kerajaan pindahkan penduduk2 kampung nih kuar dan jadikan tempat pelancongan. So...kalo nk kuar jln2 after kul 10 pun xyah nak risau coz dlm kampung nih mejority adalah org luar yg dtg menginap di kampung nih.



Taim nih lampu2 yg berwarna-warni tu da ditutup sebab dah kul 10 lebih....Tapi taim nih la kitorang kuar menembak sbb, kata org...kalo nk blajar dan menguji tahap keterror'an menembak...taim2 mlm la paling sesuai sbb terpaksa bermain ngan cahaya tanpa menggunakan speedlight yer...



Yeahhhhh!!!inilah geng jalur merah (Canon) :p ...kalo dulu aku menembak ngan geng jalur kuning (Nikon) ssh skit nk blajar sbb setting xsama, but still gak bleh ambik ilmu skit2....



Shooting time!!! sanggup tu bangun awal2 coz nak menembak nyer pasal....sbb kalo telewat jer sure xsempat coz kul 10pg kitorang kena gerak ke Hangzhou plak.



Kredit to my asst. (Cik Errie) for this nice shoot....senang diajar minah ni, skali bgtau camne n mane angel nak tembak dah dpt hasil yg mabeles...yer lah, kalo x mabeles sia-sia jer lah berpakwekan photographer kan....hehe!!



10th Dec.10 ~ Dari Wuzhen ke Hangzhou mengambil masa hampir 2 jam perjalanan...cam biasa, aku sure tido sepanjang perjalanan tu...hehe!!Sampai Hangzhou jer terus ke Yanbinlou Restaurant untuk makan tengahari, pas makan kitorang proceed ke Temple of Yue Fei. Kat temple ni pun xde apa sgt yg menarik cuma ada patung Yue Fei (China hero) yang mmg beso gabak.



Bergerak lagi ke Flower Harbor yang terletak di sebelah selatan Sudi. Taman nie mcm taman2 yang ada kat M'sia gak...tapi yg menariknya sebab Taman ni dikelilingi tasik dan sgt manarik ngan pokok2 yang colourful.



Visit the West Lake by boat and from the boat we can see the Long Bridge Park (kononnya ada satu love story kat Long Bridge tu...padahal jambatan tu xde la panjang sgt...pendek jer....



Hero Hindustan ni pun nk jgk interframe.....Mamat ni mmg talented kat opis aku, jd model bleh...mnyanyi bleh...belakon bleh...sure cita2 dia nk jadi artis tp da tersilap ambik course....salah kerjaya nih....haha!!



Sempat lagi berposing kat Flower Harbor.....cantik kan view kat blkg tu?? taim ni winter, so pokok2 kat situ semua lebih kurang sama jer...kalo pg taim musim bunga ke, sure lg cantik...


11th Dec.10 ~ After lunch kitorang begerak plak ke Shanghai...dari Hangzhou ke Shanghai mengambil masa selama 3 1/2 Jam. Tu blom campur ngan tarffic jam masa sampai di Shanghai lg tu...Hadoiiiii!!!bleh kematu bontot dok dlm bas tu lelama. Masa di Shanghai kitorang menginap di Yafan Fashion Hotel...mmg berfashion pun hotel tu....kagum la sekejap...x pernah jumpa lagi lah hotel yg begitu 'fashion' kat M'sia nih...mmg moden sgt. Yang paling menarik...toilet dlm bilik hotel nih xde pintu, toilet lak transparent....cer bayangkan kalo kitorang nk melepaskan hajat? mau pengsan rakan sebilik dek kerana bau aroma asli tu nanti...:p



Bangunan yang paling tinggi ni adalah Shanghai World Finance Centre Observatory (SWFC) the tallest building in China, 2nd tallest building in the world. Rasa amat excited sgt sbb berpeluang naik sampai ke sky arena tuk tgk view of Shanghai from the top of that building. Dari atas bleh tgk view of Shanghai City...mmg cantik sgt bandar Shanghai ni coz very colourful...i like!!! :)


 
View of Shanghai City from Sky Arena ,Shanghai World Finance Centre Observatory (SWFC)


Ni yang paling best...dapat merasa naik bullet train (SMT) yang paling laju di China..kat China je kot kalo kat Jepun maybe ada lagi yg paling laju kot. Kelajuan bullet train ni adalah selaju 431km/h....gila berdesup!kalo la train ni ada kat M'sia kan...ari2 aku trn KL...penang-KL mcm umah aku p market Kulim jer..





Pass by Shanghai Bund and have a trip for Huangpu River cruise....it's really exciting!!!