Sunday, January 23, 2011

Tempoh Bertenang..

Macam suspen jer tgk entri aku kali nih kan? Tempoh bertenang? hehe!!macam yang korang leh tgk pic.aku kat atas tu...mcm tu la aku ngan bertenang skrg...bertafakur, senang cite berehat sebentar bersama kitkat....:p Kadang-kadang....bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, selalu lah bertenang, bertafakur, berfikir, bermuhasabah dan berpikiran positif....tiap kejadian pasti ada hikmahnya samada kita sedar ataupun tanpa sedar. Mungkin, bila sesuatu itu berlaku br lah kita tahu kebenaran dan barulah mata pun terbuka luas utk melihat tiap kenyataan yang sebelum ini terselindung di sebalik tembok china...hehe!!! Nanti, bila aku bercakap camgini...org akan ckp kat aku.."Ceh!! macam la baik sgt.." No..no...no...aku bkn nak tunjuk baik atau nk tunjuk alim kat sini sebab aku tau diri aku camne...i'm not perfect dan ilmu yang aku ada pun blum sampai ke tahap Iman Muda, tapi aku bercakap lebih kepada pengalaman, apa yang berlaku kt aku...apa yg aku lihat...apa yg aku baca...apa yang aku dengar...so, x slh untuk berkongsi kan? Sharing is caring what....:)

Tadi aku terbaca pasal Scha dlm B*POP yang berbunyi " Diam Lebih Baik". Apa kena-mengena ngan aku? hehe!! mmg xde kena-mengena langsung pun cuma byk persamaan di situ. So, aku tergerak atie nak menulis pasal hal ni arini. Bila aku baca tadi, aku terpikir dan baru perasan...actually, aku ngan Scha ni ade persamaan (Ceh!! perasan!!!) bukan lah dari segi paras rupa, kalo nak diukur dari segi paras rupa tu dah tentu-tentu la dia 10 kali lawa dr aku nih...body pun solid molid, kaki panjang....aku mmg suka org berkaki panjang nih sbb aku ni dr golongan-golongan kecik molek...:p Erm...nk tau apa persamaan aku ngan Scha Al-Yahya nih? persamaan kami ialah...bersikap terbuka dan lantang bersuara, orang-orang yang camni akan menyuarakan apa saja yang terlintas di fikiran tanpa sesekali menimbang kemungkinan ketelusan itu perlahan-lahan memakan diri sendiri. Ye betul!! tepat sekali...orang yang macam ni sebenarnya x pandai nak berpura-pura, so...apa yang dia lihat dan apa yg dia rasa itu lah yang akan disuarakan. Orang-orang yang macam ni kekadang disenangi orang dan kekadang x disenangi orang sebab suka ckp lepas...Dalam hal ni, golongan-golongan ni (termasuk aku lah tu...) haruslah menerima hakikat ketika berdiam itu adalah lebih baik daripada bersuara mempertahankan diri kerana interpretasi setiap manusia itu berbeza-beza. Maksudnya, x semua org yang akan berfikir seperti apa yang kita fikir. Sebab x guna kita tampil ke depan untuk mempertahankan diri atau menjelaskan sesuatu hal tetapi masih lagi dipersalahkan kerana ia umpama mencurah air di daun keladi..ia akan membuat diri kita akan lebih kecewa kerana setiap penjelasan tidak diendahkan. Oleh itu...bila terjadi bermacam-macam episod dlm idup aku, aku rasa...lebih baik aku memilih jln utk berdiam dan meneruskan kehidupan macam biasa bak kata omputeh "the best way out is always through"...hadapi setiap dugaan, cabaran, tentangan, cemuhan, apa saja lah yang datang dengan senyuman...bak kata Jam Loceng "Smile...u are in the candid camera..." klik! klik! :) hehe!!! tiap kali aku ingat statement tu sure aku tersenyum sorang-sorang...gilo lah ang!...haha!!

Moral of the story...walau sebaik mana pun kita, seakrab mana pun kita...kita harus sedar, tak semua org mempunyai kecenderungan yang sama...so, mulai saat ini lebih baik kita mengikut rentak dan situasi agar keadaan akan menjadi lebih baik. Tetapi semua itu tidak bermakna aku perlu mengubah diri dan menjadi orang lain. Mashitah tetap Mashitah yang sama, cuma lebih berhati-hati dalam tindak tanduk serta perkataan yang mungkin selama tak disenangi ramai (copy paste apa yang Scha ckp) hehe!! Everyday is a learning process...Blaja sesuatu dalam hidup xkan pernah habis, selagi x tutup mata...selagi itu lah kita akan belajar sesuatu yang baru dalam idup kita. After aku berfikir dan bertafakur beberapa hari, sebenarnya byk jgk yang aku blajar tentang kehidupan skrg. Life...life is beautiful, it's will be wonderful someday...so, don't worry about every single things that happen in ur life... ;) (*wink) Aku hanya mampu senyum saat ini sebab teringat kata-kata sorang teman...."Seribu kali kita buat baik, org xkan nampak...tapi sekali je kita buat salah, orang akan ingat sampai bila-bila" itulah benda yang aku baru blajar skrg. Thanks to life....aku suka mcm ni sebenarnya, slalu bagi benda baru untuk aku blajar. Bak kata org tua-tua..."yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

2 comments:

  1. yup,,,,diam lebih baik...
    kdg2 bila diam tu boleh buat org mrh...
    macamana tu???

    ReplyDelete
  2. Yup...btul...kdg2 diam tu bleh buat org marah dan diam tu jgk xkan membawa kepada jalan penyelesaian. Tp kdg2 diam tu adalah lebih baik drpd bersuara bila setiap penjelasan tetap dipersalahkn. sbb tu la kita kena ikut rentak dan situasi, bersuara hanya bila kita rasa perlu.

    ReplyDelete