Sunday, September 30, 2012

Europe Travelouge (Part I)


Salam….setelah bercuti panjang, baru arini aku nak memulakan entri aku yang sebenarnya sangat malas aku nak menghapdet. Dah seminggu aku sampai di Malaysia, rasa cam jet lag x ilang-ilang lagi…haha!!gila melampau….sebelum-sebelum ni tak pernah pun rasa jet lag, tapi kali ni mmg terasa lah sebab 1st time travel sejauh itu dan perbezaan masa yang amat ketara. Sampai je kat umah ritu, aku cakap kat mak aku…tak nak makan tak nak buat apa…just nak tido jer. Ye lah…patutnya time sampai Malaysia tu time kitorang tido kat sana. Aku pengsan sampai kul 9 mlm,then bangun utk makan sebab tetiba perut terasa seperti minta di isi. Start dari aku balik sampai la arini aku mengalami masalah nak tido, tapi sekarang dah o.k skit..sebab tu lah baru bleh luangkan masa untuk update entri ni.

13th September 2012.


Tepat Jam 7 mlm aku da terpacak kat Penang Airport coz kami punya flight kul 9.30 mlm  menaiki Singapore Airline.  Transit di Singapore lebih kurang kul 10.30 mlm then proceed with the flight to London on 11.30 pm. Hari tu agak beruntung sebab flight dari Singapore ke London kami dapat merasa naik Airbus. So...It’s lucky day for us. Lucky pun x lucky sangat la…even dapat naik Airbus tu pun still jugak nak tido rasa tak selesa. Lain lah kalo dapat dok kat Business Class upper deck kan? Sure dapat tido 12 jam punya lah. From Singapore to London mengambil masa 13 jam tuk sampai di Negara Great Britain tu. Selama 13 jam tu dalam flight memang lah x bleh tido…tido pun kejap-kejap terjaga. Last-last aku tgk movie jer…di sebabkan dlm mood nk pegi London, so…aku tgk la filem Bollywood cite “London Paris New York”…patut kena letak “London Venice Milan” baru betul…hehe!!  Tak tau lah cite ni da kuar kat Malaysia ke blom. Tapi layan jugak la cite nih sebab hero handsome and heroin pun meletop!! ;p Then, berangan-angan lah kot-kot leh terjumpa soulmate kat Heathrow cam dlm cite tu nanti….haha!! mmg x lah kan… :D Actually, kunjungan aku ke Europe ni bkn atas sebab bercuti tapi lebih kepada bekerja. Orang ckp, sambil menyelam minum air lah...bos aku pun kasi je kitorang shopping kalau ada masa terluang. Rombongan dr aku nyer company 10 org, aku sorang je melayu...tp from the other side semua melayu,so xde lah aku rasa ssh sgt bila sampai time nk makan.  




14th September 2012

We’re finally touched down Heathrow Airport tepat kul 5.50 am (London time) waktu Malaysia kul 2pm. Masa tu cam nak jerit “Somebody pinch me!!!” cam x caya dah sampai London. Cuaca pagi tu agak mendung ngan suhu mencecah 11 ⁰, kira lebih kurang cam dlm aircond la.  Dari airport kitorang terus ke Earl's Court Apartment yang terletak di Kensington. Actually, Earl Court ni berdekatan ngan Chelsea, Lagi best kalo dpt pi tgk Chelsea punya game. Walaupun aku bukan Chelsea fan tapi untung-untung leh tgk Fernando Torres pun jadilah…Pas check in and take some breakfast, tanpa membuang masa atau melepaskan lelah, kami meneruskan lagi city tour untuk hari pertama di London. First place yang kitorang pegi..London Tower Bridge. Then, kami proceed to Buckingham Palace located in the City of Westminster. Sgt excited masa sampai kat situ sebab terlalu ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia ada kat situ. Memasing nak tgk keindahan kediaman rasmi milik raja British tu.Memang tersergam indah la istana diorang kan….kitorang just ambik gambo dr jauh je, xde lah msk sampai dlm istana tu, rasanya xleh masuk just bleh tgk dari luar jer. Kekadang aku pk, bosan gak jadi royal family nih, xde privacy. Berdekatan ngan Buckingham Palace tu terdapat satu park yang dipanggil Buckingham Palace garden untuk org-org yang berkunjung kat situ leh santai-santai sambil menikmati sinaran mahahari gitu…apa yang aku perasan, kat negara barat ni, memang banyak Park sebab diorang suka lepak-lepak, santai-santai kat taman tu sambil baca buku. Bagus jgk la aktiviti diorang tu daripada melepak atau merempit tak tentu hala. Kalo kat Malaysia wat camtu, lepak time-time tenggahari, mau berpeluh ketiak kan? hehe... Dari park tu kitorang berjalan lebih kurang 15 minit untuk sampai di House of Parliament and Big Ben London.

Lepas penat berjalan kitorang proceed plak ke China Town for lunch sebab kat situ ada macam-macam restaurant termasuk lah, makanan Indonesia, Singapore and Malaysia. Yang bestnya, masa kitorang makan tu...tetiba pelayan restaurant tu cakap melayu ngan kitorang, rupa-rupanya dia orang Ipoh. Nak cari pound bawak balik Malaysia katanya...kalau dia balik Malaysia, sure gaji dia lebih tinggi dari aku kan? cam tu nak keje kat UK gak lah...hehe!!Malam tu kitorang dinner kat Indian Restaurant, aku pk apa barang sampai London tapi still makan makanan india? kat Penang pun belambak kan? tapi xpe lah...dah org bwk mkn situ, aku belasah jgk la...masa dinner tu, aku dah x rasa cam dinner, tapi rasa cam supper jer sebab mata mmg da x larat nak angkat. Kiranya time Malaysia masa tu dah kul 3 pagi. Bayangkan dari sampai kitorang x tido lagi. Memang rasa cam nak pengsan lah time tu. Selesai makan, trus balik apartment naik teksi london...haha!!naik teksi pun excited sebab teksi kat sana sgt antik dan comel gila, tapi leh naik 5 org kat belakang... salah satu trademark London. Sementara nak tunggu teksi tu mengigil jugak la aku sebab suhu pada waktu malam lebih sejuk dari waktu siang, sib bek x beku kat situ.


 London Tower Bridge

Jambatan dibuka untuk laluan kapal yg lebih besar

Buckingham Palace

Big Ben London

London Taxi

15th September 2012


Awal pagi kul 6 lebih aku dah bangun. Bangun sebab nak goreng cucur jagung for breakfast. Tudiaaaaa....memang totally Malaysian lah sampai kat sana pun breakfast makan cucuq jagung...haha!! Lepas breakfast dalam kul 9 pagi kitorang proceed ngan xtvt utk hari kedua di London. Kalau ikut schedule arini kami akan ke Windsor Castle and Bicester Village. Aku lebih excited nak ke Bicester Village sebab menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, barang-barang branded kat sana murah-murah, lebih murah dari Paris dan Italy. Slalunya stock cepat abes cam jual pisang goreng panas. Aku dah berkira-kira nak memborong barang kat situ je nanti. Tapi agak kecewa bila diorang ckp, Bicester cancel, tukar ngan London Eye...o.k lah, mana-mana pun x kisah lah asal dapat tgk tmpt org. Perjalanan kami dari apartment ke Windsor Castle menggambil masa lebih kurang 30 minit. Tempat ni memang best, highly recommended because it is one of Britain's major tourist attractions. Sgt ramai tourist kat situ, macam-macam bangsa dari seluruh pelusuk dunia. Macam-macam bahasa la aku dgr kat situ. Bila berada di Windsor Castle ni, aku cam terbayang2 cita Lord of the ring, Solomon Kane, Snow White and The Huntsman..sebab istana-istana diorang cam sama je cam Windsor Castle nih.Kami juga berpeluang masuk ke dalam St.Georges Chapel dimana berlangsungnya wedding Prince Charles dan Camelia pada thn 2005 dulu. Terpegun sekejap la tgk seni bina kat dalam tu,sayangnya kat dalam tu xleh take photo or video. Kalau x, dah lama aku snap....sgt cantik dan sgt mewah!!penat jugak la berjalan dalam castle tu, tu pun aku rasa cam x tawaf semua tempat sebab dah x larat berjalan. Terpegun jugak tgk lukisan-lukisan dalam The Crimson Drawing Room, it's very awesome!! pendek kata semua tempat dalam castle tu bleh kita sangat teruja dok dalam tu.

Keluasan Windsor Castle. Sumber : Wikipedia

Plan of Windsor Castle. Key: A: The Round Tower, B: The Upper Ward, The Quadrangle, C: The State Apartments, D: Private Apartments, E: South Wing, F: Lower Ward, G: St George's Chapel, H: Horseshoe Cloister, K: King Henry VIII Gate, L: The Long Walk, M: Norman Gate, N: North Terrace, O: Edward III Tower, T: The Curfew Tower 

The Round Tower



The State Apartments

tak berani nak senyum, kalau nak bergambo ngan tentera diorang ni x bleh sentuh atau memain masa nak bergambo...kalau x, nnt kena sergah ngan dia.

Lepas penat berjalan perut pun mintak diisi, nak cari kedai makan pun jenuh jgk la tawaf satu restaurant area tu sebab x jumpa restaurant yang halal. Last-last carik yang serve fish and chips jer. Pas makan kitorang balik ke apartment jap sebelum proceed ke London Eyes. On the Way balik tu driver tu cakap dia kena ikut jalan lain sebab jln ke apartment kitorang might be jem sebab petang tu ada game antara Chelsea vs QPR. Bestnya kalau dapat pegi tgk game tu...malangnya aku pegi ngan orang-orang yang x minat bola,yang langsung xtau pasal bola. Aku sorang je yang excited bila driver tu cakap ada game. Yang lain-lain tu wat bodo je, Chelsea pun diorang xtau menatang apa....adoiii!!!Sampai apartment kitorang rehat-rehat jap then kuar balik dalam kul 5 ptg. Actually, kalo nek London Eyes tu...aku rasa time malam baru best sebab time tu barulah view dia cantik. Masa sampai kat London Eye tu manusia punya lah ramai. Aku rasa London ni macam tumpuan dunia, macam -macam bangsa ada kat situ. Nak naik London Eye ni kena bayo  18.90 pound bersamaan RM96.00 sorang. Orang cakap kalau dah sampai London x naik menatang tu memang rugi lah kan. So, kitorang nak jugak la merasa naik benda alah tu...memang sgt best bila dapat tgk seluruh London city dari atas, tapi aku rasa kalau malam lagi cantik kot. Malam tu kitorang dinner kat Malaysia Guest House sebab kami diundang makan kat sana. Baru lah dapat makan masakan melayu, tapi yang bestnya ayam dia keras nak mapus sebab diorang ckp tersalah beli ayam kampung...itu bukan ayam kampung, itu ayam pencen...haha!! Lepas makan kena balik cepat sebab nak packing sok pagi dah nak gerak ke Venice. Sedihnya nak meninggalkan London sebab rasa cam x puas lagi berjalan kat sana. Banyak lg tempat x pegi...xpe lah, ada rezeki nanti insyallah, rasa cam nak pegi lagi. :D
 
London Eye 


 
London City from the top of London Eye
 
 
To be continue..... 

1 comment:

  1. Teruk benor jetlag hang ye..tapi aku dulu pun teruk gak masa balik msia dulu.sampai muntah segala.hahaha!

    Time bilanya hang keje?Jalan2 je..kalau aku tau hg xkeje aku belikan tiket train pos siap2 kat hang. Sampai je amik train mai umah aku.Aiseh..Next time ada rezeki kita plan cantek2 eh..kot Fahim pun dah besaq senang heret berjalan.kekeke..

    p/s Torres?boo...!!! :D

    ReplyDelete